My Blog List

Wednesday, February 10, 2010




Bab 4TATABAHASA

SKOP PERBINCANGAN
1. TATABAHASA
a) Difinisi Tatabahasa
b) Bahagian tatabahasa
2. MORFOLOGI
a) Definisi
b) Konsep morfem
c) Konsep perkataan
d) Bentuk kata
e) Proses pembentukan kata
f) Golongan kata









1. Definisi Tatabahasa
- Kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat;
Gabungan perkataan membentuk frasa
Gabungan frasa membentuk ayat
Dua/lebih ayat membentuk ayat majmuk
Ayat-ayat dalam ayat majmuk membentuk klausa
2. Bahagian Tatabahasa
2.1 Morfologi
- Mengkaji struktur, binaan, bentuk dan golongan kata;
struktur kata – susunan bentuk bunyi ujaran/lambang tulisan
binaan kata – unsur-unsur yang membina sesuatu kata/morfem
bentuk kata – unit tatabahasa, bentuk tunggal/pengimbuhan/
pemajmukan/penggandaan
golongan kata – kelas tertentu, keserupaan bentuk/fungsi seperti kata
nama, kata kerja, kata adjektif…..

i ) Konsep Morfem
- unit terkecil dalam bahasa yang menjalankan tugas nahu. Terdiri
daripada morfem bebas dan morfem terikat
- contoh: ajar – satu morfem
mengajar – dua morfem
berkakikan – tiga morfem
* semua perkataan adalah morfem tetapi tidak semua morfem perkataan
a) morfem bebas – kata akar yang belum menerima imbuhan/boleh
berdiri sendiri
contoh: sekolah, kawan, tikar, pegang…..
b) morfem terikat – imbuhan yang membentuk kata terbitan, tidak boleh
wujud tanpa kata dasar
contoh: awalan /ber/ – bermain; akhiran /an/ – sentuhan; apitan /em/ –
cemerlang; apitan /ke…an/ – kelapangan


ii) Konsep Perkataan
- Unit bahasa terkecil yang bermakna/dapat berdiri sendiri. Dibentuk
daripada kata akar/ kata dasar
a) kata akar – Bentuk dasar yang belum diberi imbuhan / morfem bebas
contoh: jujur, sekolah, kerja
b) kata dasar – Kata yang menjadi dasar membentuk kata:
a) akar kata – tapa, tani, mudi (morfem terikat)
b) kata terbitan – kemungkinan, bekalan
c) kata majmuk – surat khabar, sapu tangan
d) kata ganda – gunung-ganang, meja-meja

iii) Bentuk Kata
a) Kata tunggal
- Tidak mengalami pengimbuhan / pemajmukan / penggandaan.
Kebanyakan berpotensi menerima imbuhan
contoh: - 1 suku kata – am,bom,dam,cat,hak,kad, mi, ru,skru,spring….
2 suku kata – aib,bintang,carik,dengki,iblis,korek,tua……
3 suku kata – armada,budaya,cerakin,empulur,gelombang…..
4 suku kata – anugerah,belantara,kelemumur,pancaroba……
5 suku kata – bumiputera,cenderamata,kosmopolitan…..
6 suku kata – maharajalela,personifikasi,paramasastera……
*tidak menerima imbuhan – itu, sini, mereka, sana ……
- kata akronim
i) Percantuman huruf awal
IKIM = Institud Kefahaman Islam Malaysia
IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri
EON = Edaran Otomobil Nasional
UPSI = Universiti Pendidikan Sultan Idris
*Singkatan bukan akronim
e) frasa – tidak adil, ibu bapa

ii) Percantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan
Jakim = Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Makna = Majlis Kanser Nasional
Perkim = Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Puspati = Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail
Sukma = Sukan Malaysia
iii) Percantuman suku kata awal
cerpen = cerita pendek
kugiran = kumpulan gitar rancak
pawagam = panggung wayang gambar
tadika = taman didikan kanak-kanak
iv) Percantuman bahagian awal kata dengan bahagian lain
rumpair = rumpai air
halaju = hala laju
jantina = jantan betina
jentolak = jentera tolak
tumbesar = tumbuh besar


b) Kata terbitan
- Hasil proses pengimbuhan pada kata dasar
i) terbitan awalan
kata nama – pelari, pembuat, pendatang, penggali, ketua,……..
kata kerja – membawa, menggali, berjalan, belajar, diperisteri,….
kata adjektif – terbesar, secantik…..
ii) terbitan akhiran
kata nama – jahitan, mainan…..
kata kerja – gunakan, tinggikan, duduki……
iii) terbitan apitan
kata nama – perasaan, pendapatan……
kata kerja – melakukan……
kata adjektif – kemelayuan, kecinaan
iv) terbitan sisipan
kata nama – seruling, keruping, telunjuk…..
kata adjektif – gelembung, semerbak, gemerlap, gerigi……


c) Kata majmuk
- Merangkai dua kata dasar atau lebih
(dieja terpisah)
i) rangkai kata bebas
bandar raya, jalan raya, jam tangan, sapu tangan…..
ii) gelaran
Pedana Menteri, Naib Canselor, Menteri Besar…..
iii) istilah
model linear, pita suara, kertas kerja……
iv) kiasan/simpulan bahasa
bulan madu, tumbuk rusuk, pilih kasih……
- Bentuk kata yang telah mantap (dieja bercantum)
olahraga, jawatankuasa, bumiputera…….
- Penggandaan
suku-suku kata, guru-guru besar, buah hati-buah hati……
- Pengimbuhan
imbuhan awalan/akhiran dieja terpisah – bercampur aduk, daya serapan
imbuhan apitan dieja bercantum – mencampuradukkan, menyatupaduka

# Cara mengenal kata majmuk
1. Tidak dapat menerima penyisipan di antara perkataan
contoh: tanda yang tangan
2. Makna tertentu, berbeza daripada kata asal
contoh: sapu – bersihkan
tangan – anggota badan
3. Kebanyakan tidak mematuhi hukum D-M
contoh: perdana menteri
M D
4. Terdiri daripada kata inti + kata inti, antara satu katanya tidak boleh
dipisahkan
contoh: guru besar – jawatan, jika dipisahkan maknanya akan lain
5. Unsur kata tidak mempunyai hubungan makna
contoh; kakitangan – bukan makna kaki menerangkan tangan atau
sebaliknya

Penggolongan kata majmuk – kata nama (balai raya,menteri besar,setiausaha…)
- kata kerja (hapus kira,lipat ganda,tandatangan…)
- kata adjektif (panas terik,muda remaja,dukacita…)
- kata tugas (barangkali,kadangkala,walhal….)

d) Kata ganda
- proses pengulangan kata dasar
i) penggandaan penuh:
elok-elok (abstrak), pulau-pulau (banyak), anai-anai (satu), orang-orang
(satu/banyak)
ii) penggandaan separa
jejari, sesungut, lelayang, rerambut, lelaki…….(kata nama)
iii) penggandaan berentak
dolak-dalik (pengulangan konsonan), hiruk-pikuk (pengulangan vokal),
lemah-longlai (pengulangan bebas)
iv) penggandaan berimbuhan
bergilir-gilir (ulang-ulang), berpeluk-pelukan (saling),
sepandai-pandai (paling), tersengeh-sengeh (berpanjangan),
berhempas-pulas(kesungguhan)

No comments:

Post a Comment