My Blog List

Sunday, February 7, 2010

1. FONOLOGI
1.1. Definisi
-aspek yang mengkaji bunyi yang berfungsi dalam bahasa
-terbahagi kepada fonetik – bunyi yang dihasil oleh alat pertuturan
-fonemik – analisis sistem bahasa bagi mengenal fonem
-artikulator (pengeluar, yang dapat digerakkan) – lidah, bibir, lelangit lembut
-artikulasi (daerah pengeluar, dicapai oleh artikulator) – gigi atas, gusi,
lelangit keras….
1.2. Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata
a) Bunyi
-unit bunyi kepada pembentukan kata dan ayat
-bunyi-bunyi yang bermakna
b) Fonem
-unit bahasa terkecil yang memberi perbezaan makna – paku – palu
c) Huruf
-lambang dalam sistem bunyi yang menghasilkan tulisan – 26 huruf
rumi, 26 konsonan (21 huruf tunggal 5 gabungan) dan 6 bunyi vokal


d) Suku kata
-satuan bunyi yang diucap dalam sesuatu kata
-suku kata terbuka – berakhir dengan huruf vokal
-suku kata tertutup – berakhir dengan huruf konsonan
e) Alofon
-fonetik sama tetapi berlainan bunyi apabila kedudukan berbeza –
paku (letupan sempurna) dengan tutup (letupan tidak sempurna)
1.3. Penggolongan Bunyi Bahasa
a) Vokal
-bunyi yang terhasil apabila udara daripada paru-paru yang melalui
rongga mulut tanpa mengalami sekatan/himpitan/gangguan dan hanya
dipengaruhi oleh kedudukan lidah dan bentuk bibir sahaja.
-mengandungi 6 vokal (3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal
belakang.

No comments:

Post a Comment