My Blog List

Wednesday, February 17, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera.........


BUKU TATABAHASA
TINGKATAN 3 YANG
SAYA TULIS PADA
TAHUN 2009 DAN DICETAK PADA TAHUN 2010. BEBERAPA BUAH
SEKOLAH DI DAERAH KUBANG PASU MENGGUNAKANNYA.
Saya Cikgu Shukri, dalam blog ini ingin berkongsi maklumat berkaitan barang-barang lama. Saya sebagai peminat barang-barang lama memaparkan beberapa jenis yang masih berada dalam simpanan. Sebenarnya hobi menyimpan barang lama ini telah saya lakukan sejak berumur 15 tahun lagi hinggalah sekarang. Barang-barang tersebut saya simpan dari warisan keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan banyak juga yang saya beli sendiri sama ada di dalam atau pun di luar negara.
Paparan dalam blog ini juga sebagai hobi dan mungkin akan dapat dikongsi bersama peminat-peminat atau penghobi-penghobi lain yang sealiran. Selain itu, dalam blog ini juga saya masukkan bahan P&P Bahasa Melayu Kertas 1 STPM sebagai rujukan pelajar. Semoga dengan adanya paparan sedemikian, akan lebih menarik minat pelajar untuk melihat atau membacanya. Saya juga akan masukan lagi bahan-bahan berkaitan dari semasa ke semasa.


Basikal Sting Ray yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an.

Lagi pinggan lama, cawan, gelas dan botol.
Pemberat pikul

Tas tangan, raja kayu, atap


genting











1.Asal Usul Bahasa Melayu
1.1. Konsep melayu
a)Definisi awal
-M.Ptolemy mengguna istilah maleu-kolon
-Kitab Hindu Purba terdapat perkataan Malaya dvipa
-Tulisan China, satu utusan daripada kerajaan Mo-lo-yeu
-Catatan I-Tsing ke Sumatera, sudah wujud kerajaan Mo-lo-yeu
-Perkataan Melayu tertulis pada sebuah patung, di Sg. Batanghari
-Buku Sejarah Melayu, terdapat perkataan Sg. Melayu

(b)Definisi etimologi (asal usul & makna)
-Zuber Osman- Melayu asal daripada Malaya, pergunungan Himalaya
-Batu Bersurat Bukit Gombak Satu(Sumatera) terdapat perkataan Malayapura
-Bahasa Jawa kuno- mlayu, bermaksud mengembara
-Harun Aminurrashid- orang Melayu diam di kawasan Sg. Melayu, hulu Batanghari
c)Definisi berdasarkan bangsa
-Melayu merujuk bangsa Austronesia meliputi keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia
-UNESCO- suku bangsa Melayu mendiami Malaysia, Thai, Indonesia, Filipina, Madagaskar
-Sutan Takdir Alisjahbana- bangsa berkulit coklat yang tinggal di kepulauan Melayu
-Perlembagaan Malaysia(perkara 153)- Melayu sebagai menutur bahasa Melayu, adat Melayu dan agama Islam


Keterangan salasilah
-Filum- bahasa induk berusia lebih 5,000 tahun
-Rumpun- berusia antara 2,500 – 5,000 tahun
-Keluarga- berusia kurang daripada 2,500 tahun
*Filum Austris merupakan induk bahasa yang merangkumi rumpun Austroasia, Austronesia dan Cina-Tibet
-Austroasia meliputi Nicobar, Mon, Khmer dan Munda
-Cina-Tibet- meliputi Cina, Tibet, Burma, Siam, Yiu, Miao dan lain-lain
-Austronesia Barat- keluarga Nusantara- Indonesia & Filipina/Formosa
-Austronesia Timur- keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia
-Melanesia- meliputi pulau Fiji, Irian, New Caledonia, Halmehera, Solomon dan New Guinea
-Mikronesia- pulau Mariana, Mashall,Carolina dan Gilbert
-Polinesia- pulau Hawai, Maori, Tonga, Samoa, Tahiti dan Easter
-Nusantara- 200 – 300 bahasa meliputi Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Tomini, Gorontolo, Toraja, Bali Sasak, Sulawesi, Bunku-Laki, Loinang, Muna-Butung, Bima-Sumba, Suli-Bacon, Ambon, Halmahera, Irian Jaya…..
*Bahasa Melayu Purba – Bahasa Melayu Kuno – Bahasa Melayu Klasik – Bahasa Melayu Moden







1.3. Hipotesis tempat asal usul
a)Asia Tengah
-Dikatakan berasal dari wilayah Yunan, Assam dan Campa
-Penduduk asal Nusantara ialah orang Negrito 5,000 – 8,000 sm oleh Asmah Hj. Omar
-Penghijrahan Melayu Proto 2,500 sm. R.H. Geldern dengan penemuan beliung/kapak yang sama. J.H.C. Kern, persamaan nama tumbuhan/haiwan/perahu. J.R. Logan, persamaan adat suku Assam dengan kaum Melayu.
-Melayu Deutro (zaman logam) 1,500 sm
Persoalan?
-Penemuan Homo soloinensis/sapiens, telah wujud 35,000 – 1 juta tahun
-Warna kulit yang berbeza
-Beliung batu juga ditemui banyak tempat di dunia
-Kajian bahasa juga berbeza

b) Kawasan Nusantara
-C.A. Mees mendapati persamaan bahasa dari segi perkataan, imbuhan dan tatabahasa
-William Marsden, bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia dan Polinesia, semuanya dari induk Austronesia
-J. Crawfurd, bahasa melayu berasal dari Sumatera dan bahasa Jawa dari Jawa, keduanya merupakan induk bahasa di Nusantara
-K. Himly, membuat perbandingan bunyi bahasa mendapati bahasa Melayu yang terdapat di Campa hanyalah ambilan sahaja
-Sutan Takdir Alisjahbana, bangsa yang berkulit coklat ini berasal dari satu rumpun yang sama
-Penemuan tengkorak Pithecanthropus Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil di Jawa berusia 600,000 – 670,000 tahun yang lebih tua daripada Sinanthropus Pekinensis (550,000)
-Bukti Geografi- dataran terpisah pada zaman glasier membentuk pulau-pulau







2. Bahasa Melayu Kuno

2.1.Definisi
-Berkembang dari abad ke-7 – ke-13
-Kemasukan budaya Hindu, bahasa Sanskrit berkembang (tulisan Palava, Nagiri dan Kawi)
-Wujud dalam zaman kerajaan Jambi, Sriwijaya dan Majapahit
-Peranan kerajaan Sriwijaya, sebagai bahasa perantaraan
-Berakhir zaman kerajaan Majapahit
2.2.Ciri-ciri
a)Sistem tulisan dan ejaan
-Batu bersurat abad ke-7, tulisan Palava
-Batu bersurat Gandasuli, tulisan Nagiri
-Batu bersurat di Joreng & Padang Lawas, tulisan Kawi
*Daun lontar & kulit kayu- aksara Lontar di Sulawesi Selatan
- aksara Batak di Sumatera Utara
- aksara Rencong di Sumatera Selatan
(huruf asli Melayu)


b)Kosa kata
-Bunyi /w/ kepada /b
-Tidak ada bunyi /e/ pepet, diguna vokal /a/
-Bunyi /n/ kepada /ny/
-Bunyi konsonan aspirasi digunakan seperti /bh/,/th/,/kh/,/dh/,/ph/
-Bunyi /h/ hilang dalam bahasa Melayu moden
-Awalan mar- kepada ber-
-Awalan ni- kepada di-
-Awalan nipar- kepda diper-
-Apitan par..an kepada per..an
-Awalan ma- dan mang- digunakan
-Akhiran -i sama dalam bahasa Melayu moden
-Awalan maka- dan akhiran –a tidak ada dalam moden
-Terdapat kosa kata kuno yang tidak diguna lagi/diguna
-Terdapat kosa kata kuno yang berubah makna dalam moden
-Ayat pendek/ringkas
-Sistem mudah berbanding bahasa Jawa
-Mudah terima pengaruh luar
-Tidak terikat oleh susun lapis masyarakat


2.3.Bahan bukti
a)Batu bersurat Kedukan Bukit,Palembang(683M)
b)Batu bersurat Talang Tuwo,Palembang(684M)
c)Batu bersurat Kota kapur, P. Bangka(686M)
d)Batu bersurat Karang Brahi,Meringin, Jambi(692M)
e)Batu bersurat Gandasuli, Jawa Tengah(832M)
f)Batu bersurat di Bangkahulu(1000M)
g)Batu bersurat di Joreng, Sumatera(1179M)
h)Batu bersurat di Padang Lawas, Sumatera(1213M)
i)Patung gangsa di Padang Lawas, Sumatera(1029M)
j)Patung di Padang Rocore, Batanghari(1286M

Petikan Batu bersurat Kedukan Bukit
Swasti sri sakawarsatita 605 ekadasi su
Klapaksa wulan waisakha dapunta hiyang nayik di
Samwau mangalap siddhayatra di saptami suklapaksa
Wulan jyestha dapunta hiyang marlapas dari minanga
Tamwan mamawa yang wala dualaksa dangan ko
Duaratus cara di samwau dangan jalan sariwu
Tluratus sapulu dua wanakna datang di mataa jap
Sukhacitta di pancami suklapaksa wulan…
Laghu mudita datang marwuat wanua…
Sriwijaya siddhayatra subhiksa
*********
*Perkataan tebal, perkataan Melayu
Terjemahan: selamat bahagia! Pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan Waisaka, banginda naik perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan Jyesta, banginda berlepas dari muara Tamwan membawa askar dua laksa(dua puluh ribu), dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas mengikut jalan darat, datang di matada dengan sukacita. Pada hari kelima bulan terang bulan Asada dengan lega datang, membuat negeri… Sriwijaya yang bahagia, berjaya dan makmur

3. Bahasa Melayu Klasik

3.1 Definisi
Zaman - praklasik abad ke-11 hingga ke-14
-Pengaruh Arab-Islam mula masuk
-Dalam tiga zaman- Melaka, Aceh dan Johor-Riau
-Kekal sebagai bahasa perantaraan(lingua franca)/
pentadbiran/ bahasa rasmi di Kepulauan Melayu
-Berkembangnya ilmu pengetahuan, penulisan, intelek
-Catatan Jan Huyghen Van Linschoten(1586) dan Daftar Kata Melayu-Itali(1521) oleh Antonio Pigafetta membuktikan peranan bahasa Melayu klasik

3.2 Ciri-ciri
a) Sistem tulisan dan ejaan
-Peringkat awal menggunakan tulisan Arab bentuk kufi
-Tulisan jawi (37 huruf)
-Enam abjad tambahan dicipta oleh orang Melayu- (چ -ca), (ڠ -nga), (ڤ -pa), (ڬ -ga), (ث -nya) dan (ڧ -va)

b) Kosa kata
-Kosa kata Arab diguna tetapi kosa kata Sanskrit masih ada
-penggunaan bahasa istana
-Watak ciptaan gabungan Islam Hindu
-Penggunaan bahasa dalam
c) Tatabahasa
-Ayat panjang, berulang dan berbelit-belit
-Pengunaan kata pangkal ayat dan partikel
-Banyak menggunakan ayat majmuk dan songsang
-Laras bahasa terbatas
-Banyak ayat pasif


3.3 Perkembangan aksara jawi
-Merupakan skrip Arab yang diadaptasi
-Omar Awang- jawi asal dari al-Jawah (merujuk sumatera)
-Raffles- jawi bermaksud campuran (Arab, Parsi dan Melayu)
-Bahan bukti pertama, Batu bersurat Terengganu(1303M)- Semua huruf ada kecuali bunyi (pa), (nga) dan (nya). Manakala manuskrip tertua, Aqa’id al-Nasafi(1590M)
-Huruf (V) diguna sejak 1987
-Tahap pertama mempunyai baris/ diakritik, diubah tanpa baris, dikenali tulisan Arab gondol. Seterusnya dimasukkan unsur Melayu, huruf saksi/vokal
-Keluarnya Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986)

Bahasa Melayu kuno

Petikan Batu bersurat Kedukan Bukit
Swasti sri sakawarsatita 605 ekadasi su
Klapaksa wulan waisakha dapunta hiyang nayik di
Samwau mangalap siddhayatra di saptami suklapaksa
Wulan jyestha dapunta hiyang marlapas dari minanga
Tamwan mamawa yang wala dualaksa dangan ko
Duaratus cara di samwau dangan jalan sariwu
Tluratus sapulu dua wanakna datang di mataa jap
Sukhacitta di pancami suklapaksa wulan…
Laghu mudita datang marwuat wanua…
Sriwijaya siddhayatra subhiksa
*********
*Perkataan tebal, perkataan Melayu
Terjemahan: selamat bahagia! Pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan Waisaka, banginda naik perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan Jyesta, banginda berlepas dari muara Tamwan membawa askar dua laksa(dua puluh ribu), dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas mengikut jalan darat, datang di matada dengan sukacita. Pada hari kelima bulan terang bulan Asada dengan lega datang, membuat negeri… Sriwijaya yang bahagia, berjaya dan makmur


Bahasa Melayu Klasik
Sebahagian kandungan Batu Bersurat Terengganu
Penampang A
Rasul Allah dengan orang…bagi mereka….
Ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
Dengan benar bicara derma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di benuaku ini penentu agama Rasul Allah Salla’llahu’alaihi wa Sallama Raja
Mandalika yang benarbicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi
Penentu itu fardu pada sekalian raja mandalika Islam
Menurut setitah Dewata Mulia Raya dngan benar
Bicara perbajiki benua penentu ini maka titah seri Paduka
Tuhan menundukkan tamra ini di benua Terengganu adi-pertama ada
Jumaat di bulan Rejab di tahun sarathan di sasankala
Banginda rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua
Penampang B
Keluarga di benua jauh…kan…ul… datang berikan
Keemp-(at derma barang) orang berpihutang
Jangan mengambil k….(a)mbil hilangkan emas
Kelima derma barang orang…(mer)deka
Jangan mengambi tugal buat t emasnya
Jika ia ambil hilangkan emas.
Keenam derma barang orang berbuat balacara laki-laki perempuan setitah
Dewata Mulia Raya jika mereka bujan palu
Serantus rantau. Jika mereka beristeri atawa perempuan bersuami ditanam hinggan
Pinggang di hembalang dengan batu matikan jika ingkar ba(lacara) hembalang jika anak mandalika


Perancangan Bahasa Melayu
-Meliputi: -membuat keputusan dasar
-menyeragam variasi
-usaha pengembangan
-meninjau semula hasil/kesan
-mengumpul data
-menyusun strategi
a) Perancangan Taraf
-Usaha meluas dan meningkat penggunaan masyarakat
i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
-Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi- kaum majoriti
- alat komunikasi
- bahasa pribumi
-Bahasa kaum lain boleh diamalkan
-Perubahan secara beransur bahasa Inggeris kepada Melayu

ii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
-Penguatkuasaan bahasa kebangsaan
-Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pengecualian:
a)Undang-undang
b)Hubungan negara asing
c)Latihan pakar asing
d)Laporan/preskripsi/arahan pembedahan
e)Beberapa urusan Jabatan Hasil Dalam Negeri
iii) Dasar Pelajaran Kebangsaan
a)Laporan Razak 1956
-bahasa Melayu dipelajari di semua sekolah sebagai syarat bantuan
-bahasa Melayu subjek penting dalam SRP dan SPM
b)Laporan Rahman Talib 1960
-lulus bahasa Melayu syarat ke pusat latihan guru
-kepujian bahasa Melayu syarat ke universiti tempatan
c)Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
-bahasa Melayu sebagai penghantar di semua institusi pendidikan
kecuali jenis kebangsaan
-institusi yang bukan bahasa Melayu sebagai pengantar, subjek bahasa
Melayu adalah wajib

b) Perancangan Korpus
-Perancangan dalam bahasa itu sendiri melibat pembinaan bahasa
i) Pengekodan
-meliputi pembakuan/penyeragaman/kodifikasi/standardisasi
# Pengekodan Perkamusan
-Tahap Daftar Kata keperluan perdagangan
-Tahap kamus penyebaran agama Kristian
-Tahap kamus sebenar
-Daftar Kata Melayu-Cina, Daftar Kata Melayu-Itali(1521)
-Kamus, William Marsden(1812) kamus sebenar yang pertama
-Kamus, R.J.Wilkinson(1901) kamus Melayu terbaik- transliterasi
dari huruf Arab kepada Rumi
-Kamus- ekabahasa(1970), DBP
- cetakan kedua(1984), ejaan rumi baru
- Kamus Dewan Edisi Baru(1989)
-Kamus Dewan Edisi Ketiga(1994)
-Kamus Dewan Edisi Empat( 2005)
-Kamus (Edisi Pelajar) 1975, diterbitkan semula Edisi Khas KBSM 1987
-Kamus Dwibahasa Ing-Melayu 1979-1981- 1985- 2001
-Kamus Istilah- Sains Am, Biologi KBSM, Kimia KBSM, Perubatan……

Perubahan ejaan
-huruf konsonan /ch/ ke /c/, /dh/ ke /d/, /dz/ ke /z/, /sh/ ke /sy/, /th/ ke /s/
-pengguguran tanda koma atas
-pengenalan konsonan q, v dan x untuk kosa kata pinjaman
-pengguguran tanda sempang pada di, sa, ka, nya, lah, kah dan tah
-pemansuhan tanda 2 untuk ganda
-keselarasan vokal
# Pengekodan Peristilahan
-Peringkat awal, mempertahan sifat bahasa Melayu, menolak unsur asing
-Jawatankuasa Istilah Kerajaan 1957 oleh DBP
-Pedoman Membentuk Istilah Baharu DBP 1959
-Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah DBP 1970
-Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya 1971
-Pedoman Umum Pembentukan Istilah 1975 oleh MABIM
-Kerjasama Malaysia Indonesia
-Kaedah digunakan ialah pinjam terjemah dan pinjaman








1. Definisi Sintaksis
-Mengkaji susunan kata dalam pembinaan ayat/frasa
2. Ayat
a) Definisi
-Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna lengkap – dimula dan diakhiri dengan kesenyapan

b) Binaan ayat
-ayat mengandungi konstituen subjek dan predikat
-subjek sebagai unsur yang diterangkan, predikat unsur yang menerangkan
-ujaran yang tidak ada S & P adalah ayat tergantung
c) Pola-pola ayat dasar
i) FN + FN – En Shukri + guru sekolah
ii) FN + FK – Bapa dia + sedang berehat
iii) FN + FA – Anak itu + sihat sungguh
iv) FN + FS – Pejabat saya + di Jitra


3. FRASA
a) Definisi
-Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang kurangnya dua perkataan/satu perkataan yang berpotensi diperluas
-Tidak mengandungi subjek dan predikat
-Frasa mesti dalam ayat, jika tidak dikenali sebagai ‘perkataan’
perkataan tetap frasa apabila dalam ayat
-Frasa endosentrik – meliputi FN/FK/FA
-Frasa eksosentrik - frasa sendi
-contoh: -Burung merpati terbang
melayang.
-boleh dipecahkan kepada
frasa lain:-
-Seekor anak burung merpati
frasa
frasa
frasa

Tambahan
Frasa endosentrik- salah satu unsurnya
boleh menggantikan seluruh frasa
Contoh: Pengerusi mesyuarat datang lewat
Boleh ditukar- Pengerusi datang lewat
Frasa eksosentrik- unsur yang membinanya
tidak boleh mengganti seluruh frasa. Tidak ada unsur inti dan keterangan.
Contoh: Besar hatinya tidak terhingga
Saya terharu mendengar cerita itu


b) Jenis-jenis frasa
i) Frasa nama
-binaan dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang
berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
-pola : FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
-FN juga boleh hadir dalam konstituen objek
contoh: Orang itu memanggil saya
sub KK obj
-FN di bahagian unsur nama dalam FS
contoh: Mereka di Kuala Lumpur
sub SN FN
predikat


# Binaan frasa nama
-Binaan frasa nama inti + penerang terbahagi kepada:-
a)inti + penerang nama
1. inti + penerang nama keturunan
contoh: masyarakat Melayu, bangsa Cina……….
2. inti + penerang nama jenis
contoh: baju dalam, cawan plastik…….
3. inti + penerang nama penyambut
contoh: pam air, penerbit buku……..
4. inti + penerang nama kegunaan
contoh: jamu pengawet, cecair pengilat…….
5. inti + penerang kelamin
contoh: kambing betina, budak lelaki…..
6. inti + penerang nama tempat
contoh: anak desa, dasar laut…….
7. inti + penerang nama arah
contoh: rumah belakang, sudut kiri…..


b) inti + penerang bukan nama
1. inti + penerang penentu hadapan
contoh: dua kaki, lima ringgit……
2. inti + penerang penentu belakang
contoh: gadis itu, rumah ini…….
3. inti + penerang kata kerja
contoh: tuala mandi, ruang legar….
4. inti + penerang kata adjektif
contoh: tanah besar, rumah haram…..
5. inti + penerang frasa sendi nama
contoh: kiriman daripada abang, kedamaian di desa……
6. inti + penerang bilangan ordinal
contoh: isteri kedua, tempat keenam……

Tambahan
FN sebagai subjek – Tasik itu lebar
FN sebagai predikat – lelaki itu datuk kami
FN sebagai objek – Dia memandu kereta kecil
FN sebagai pelengkap – Pengemis itu berselimutkan kain buruk

Betulkan kesalahan ayat
-Semua pekerja-pekerjanya amat rajin dan berdisiplin
-Anak-anak Pak Majid bijak-bijak belaka
-Dia menaiki mini basa pada setiap pagi
-Mereka bersarapan di Kassim Restoran
-Para-para guru akan memperoleh imbuhan tahunan bulan ini

c) inti + inti
1. inti + inti maksud sama erti
contoh: kampung halaman, hamba abdi…….
2. inti-inti maksud lawan erti
contoh: jantan betina, hujung pangkal….
# Hukum D-M
-D – diterangkan > sebagai inti
-M – menerangkan > penerang
Contoh: orang lelaki, budak kecil…..
kekecualian – nama-nama jawatan
contoh: timbalan menteri; Ibu pejabat……
M D M D
Bilangan dan panggilan – Jika penerang terdiri daripada kata bilangan/panggilan dan gelaran, maka penerang boleh menjadi inti (hadir di hadapan)
contoh: Dua orang calon
Puan Sarimah


•“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
–Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
–(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
–Salah:
–Cili sos
–Mini perpustakaan
–Zaleha Restoran
–Jaya Klinik
–Betul:
–Sos cili
–Perpustakaan mini
–Restoran Zaleha
–Klinik Jaya
ii) Frasa kerja
-Boleh terdiri daripada satu perkataan – satu kata kerja tak
transitif/deretan
perkataan yang menjadi predikat frasa kerja yang mengandungi kata
kerja tak
transitif / kata kerja transitif
contoh: Kami sedang tidur
-tidak mengandungi objek
contoh: Hutan itu terbakar perlahan-lahan
-FK yang mengandungi objek
contoh: Mereka makan ayam goreng itu
# Binaan frasa kerja
a) frasa kerja tanpa objek
-kata kerja tak transitif
-ayat tidak dapat dipasifkan
1. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
contoh: Semua penonton tercengang
2. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap
contoh: Ali tidur berbantalkan rumput
bukan objek kerana tidak boleh dipasifkan


3. kata adjektif sebagai pelengkap
contoh: Mereka tidak berbuat jahat
4. frasa sendi nama sebagai pelengkap
contoh: Saya tinggal di kampung
5. kata nama sebagai pelengkap
contoh: Pak Kadok berbajukan kertas
b) Frasa kerja dengan objek
1. frasa kerja transitif dengan satu objek
contoh: Saya menjawab surat itu
2. frasa objek boleh digugurkan jika kata nama pertama
contoh: Filem itu sungguh menyeramkan (kami)
3. frasa kerja dengan dua objek
-objek tepat > secara langsung kepada kata kerja
-objek sipi > tidak secara langsung kepada kata kerja
contoh: Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali – buku sebagai objek tepat
Ahmad menghadiahi Ali buku – Ali objek tepat dan buku objek sipi
-Ali dan buku merupakan FN yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja

Pasifkan ayat berikut
1. Jabatan Pendaftaran Negara akan membuka fail khas individu yang kehilangan MyKad untuk kali kedua dalam usaha terbaru bagi mencegah kegiatan penipuan dan penjualan dokumen berkenaan kepada rakyat asing.
2. Muhamad Fikri, 15, penerima jantung mekanikal pertama di Asia masih menunggu penderma sesuai bagi membolehkan pasukan perubatan Institud Jantung Negara melakukan pemindahan secepat mungkin.
3. Proton dan VW sudah mengadakan banyak pertemuan dan akan terus bertemu untuk mencapai kata putus.
4. Dia mencarikan isterinya buah mempelam
5. Malayan Banking Bhd. akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan menerusi gerbang pembayaran, Maybank2u.com bagi menarik lebih ramai pelanggan beralih kepada pembeyaran elektronik berbanding tunai.
6. Othman puteh terkarang novel Terminal Tiga
7. Kami menyelesaikan tugasan itu dengan sempurna.
8. En Rezuan membina rumah baharu untuk isteri keduanya
9. Touch Matrix Sdn. Bhd. menerbitkan kemudahan pembiayaan Islam bernilai RM60 juta bagi membiayai pembinaan 150 menara telekomunikasi di Kedah
10. Ibu menghidangi ayah secawan kopi

c) Frasa kerja dengan kata bantu
i)kata bantu aspek
contoh: Saya pernah membaca surat itu
ii)kata bantu ragam
contoh: dia hendak memikat saya
d) Frasa kerja menerima ayat komplemen
contoh: Dia menafikan bahawa dia cinta akan pelajar itu
Saya tidak percaya bahawa penjahat itu boleh melepaskan diri.
e) Frasa kerja menerima unsur keterangan
i)keterangan tempat/arah
contoh: Dia terjun ke dalam sungai
ii)keterangan waktu
contoh: Pelajar itu membaca buku dalam masa tiga jam
iii)keterangan cara
contoh: Pelari itu berlari pantas
iv)keterangan tujuan/harapan
contoh: Saya berjuang demi keadilan
v)keterangan alat
contoh: Dia memukul pencuri itu dengan kayu
vi)keterangan penyertaan
contoh: Perdana Menteri tiba dengan isteri beliau
vii)keterangan hal
contoh: Kami berbincang tentang masalah itu
viii)keterangan bagai
contoh: Dia berkelakuan bagai kanak-kanak
Betulkan ayat-ayat berikut
-Dia bertanyakan tentang khabar ibunya di kampung
-Maria bersuamikan dengan seorang jutawan Arab
-Kami tidak akan berbincang hal itu lagi
-Rumah rehat itu menghadap Laut Cina Selatan
-Pihak berkuasa tahu rahsia kumpulan jahat itu
-Saya berjanji tidak akan melakukan lagi perbuatan itu

Lagi betulkan ayat
-Kami membincangkan tentang hal itu dengan panjang lebar
-Dengan hormatnya saya
merujuk kepada surat tuan
bertarikh 20 Ogos 2008.
-Dia menceritakan semula
peristiwa sedih itu kepada
gurunya

iii) Frasa Adjektif
-mempunyai kata adjektif sebagai intinya
-binaan ter../paling + KA tidak perlu diikuti sekali
-boleh diletakkan kata penguat sama ada depan /belakang
a)kata adjektif + kata adjektif
i)keserasian makna
contoh: gagah berani; kurus kering; lemah longlai…..
ii)berlawanan makna
contoh: kecil besar; pahit manis; maju mundur……
iii)bunyi rima
contoh: gemuk gedempol; papa kedana; kaya raya….
(perkataan kedua tidak diguna secara
bersendirian)
b)kata adjektif + kata nama
i)maksud keserupaan
contoh: biru laut; muda remaja; jinak merpati….
ii)maksud kiasan
contoh: banyak mulut; berat kepala; kuat makan….

Tambahan
Bentuk yang diterima
ter… + amat/sangat + KA
atau amat/sangat/sungguh
+ KA + sekali
amat/sungguh/sangat
(penguat bebas)
c) Frasa adjektif sebagai keterangan FN/FK
i)sebagai predikat
contoh: Malam ini gelap benar
ii)sebagai keterangan
contoh: Dia tidur sungguh nyenyak
iii)sebagai penerang
contoh: Dia budak jahat
d) Kata adjektif + kata penguat
i)penguat hadapan
contoh: Bangunan itu paling tinggi
ii)penguat belakang
contoh: Paras wajahnya ayu sekali
iii)penguat bebas
contoh: Lampu itu sungguh terang
Lampu itu terang sungguh

e) Kata bantu + frasa adjektif
contoh: Anaknya sudah besar – kata bantu sebelum adjektif
….masih amat kecil – kata bantu sebelum kata penguat
….sungguh masih letih –
Peringatan
Dua unsur penguat boleh hadir berderetan
sebelum kata adjektif
Contoh: Bisanya terlalu amat pedih ( √ )
Bisanya terlalu pedih amat ( X )
kata penguat sebelum kata bantu

Adakah ayat berikut betul ?
1.Amira merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam kelasnya.
2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis tersebut.
3.Cikgu Shukri sering menjadi guru yang paling terawal sampai di sekolah pada setiap hari.


Penyembur cat dan tas tangan

kepunyaan emak

Wednesday, February 10, 2010

Cikgu Shukri di Madinah
iv) Proses Pembentukan Kata
a) Pengimbuhan
# imbuhan kata nama
1. awalan : /pe/ /m/,/n/,/ny/,/ng/,/r/,/l/ dan /w/
/pe/ /p/ /m/
/t/ /n/
/k/ /ng/
/s/ /ny/
/pem/ /b/ - pembantu
perkataan pinjaman /b/,/f/,/v/ dan /p/
contoh: boikot, fitrah, veto, proses
/pen/ /d/,/c/,/j/,/sy/ dan /z/
perkataan pinjaman /t/ dan /s/
contoh: tadbir, stabil
/peng/ /g/,/kh/,/h/,/a/,/e/,/i/,/o/ dan /u/
perkataan pinjaman /k/
contoh: kritik

/penge/ ekasuku kata
/per/ tidak produktif
contoh: perasap, pertapa
2. akhiran: /an/ - maksud hasil – tembakan, ulasan
- maksud kawasan – daratan, hamparan
- maksud banyak – longgokan, timbunan
- maksud alat – acuan, usungan
- maksud orang/haiwan/benda – buruan, tawanan,
- maksud terkandung – bulatan, manisan
- maksud tempat – kurungan, empangan
- maksud kiraan – harian, mingguan
3. apitan: /pen…..an/ berhubungan dengan awalan
/me/,/mem/,/men/,/meng/ dan /menge/
contoh: -merundingkan perundingan
membiayai pembiayaan
mendahulukan pendahuluan
menguruskan pengurusan
mengesahkan pengesahan
kekecualian – ajar pelajar / - kaji pengkaji

/pe….an/, (terhad) maksud tempat – pedalaman, petempatan
maksud hal keadaan – peperangan, peperiksaan
*berhubung dengan /men….i/kan/
melaksanakan pelaksanaan

/per….an/ boleh bergabung dengan semua kata dasar,
berhubung dengan awalan /ber/
contoh: beralih peralihan
bekerja pekerjaan
belajar pelajaran
berhenti perhentian
- makna tempat – perbatasan, perkampungan
makna hal/hasil – peraduan, pertuturan
/ke…..an/ membentuk kata nama abstrak
- maksud hal/keadaan – kebangsaan, keikhlasan
- maksud tempat – kediaman, kementerian
- maksud hasil – keputusan, kesimpulan
* boleh juga bergabung dengan frasa kerja/adjektif
contoh: ketidakhadiran, ketidakseimbangan

4. sisipan: - maksud mempunyai ciri dalam kata dasar
/el/ gelembung, selaput, telapak
/em/ gemuntur, kemuncup, kemuning
/er/ cerucuk, gerigi, seruling
# imbuhan kata kerja
1. awalan: /me/ /m/,/n/,/ny/,/ng/,/r/,/l/,/w/
huruf awal /p/,/t/,/k/ dan /s/ - digantikan huruf
sengauan
pengandaan separa – memotong-motong
tulis-menulis
/mem/ /b/ - membantah
kata pinjaman /f/,/b/,/p/,/v/
contoh: memfasakh, memvarnis, membrek, memplaster
/men/ /d/,/c/,/j/,/z/
contoh: mensyampu, mencelah
kata pinjaman /t/,/s/sy - mentarbiah, mensteril, mensyampu
kekecualian – ternak
/meng/ /g/,/h/,/gh/,/kh/,/a/,/e/,/i/,/o/ dan /u/
contoh: mengghairah, mengamuk, menghisap
pinjaman - /k/ - mengklon

/menge/ ekasuku kata
contoh: mengebom, mengelap, mengetut
/men/ maksud lakukan sesuatu – melukis, mengeram
maksud mengeluarkan suara – mengaum, mengeboh
maksud mencari/mengumpul – merotan, mendamar
maksud menuju sasaran – mengatas, mendarat
maksud keadaan – membujang, membisu

Beberapa kata yang hanya boleh terima apitan men….kan sahaja tidak men-
Contoh:
menghantukkan
menghimpunkan
mengumpulkan
memejamkan Tidak boleh:
memanaskan menghantuk
menghimpun
mengumpul
memejam
memanas

Kekecualian
menternak bukan menernak
memikir bukan memfikir
memaham bukan memfaham
memperkosa bukan memerkosa
memperkasa bukan memerkasa
mengklip bukan mengeklip
mengklon bukan mengeklon
Menghad bukan mengehad


/ber/ -kata kerja tak transitif
-apabila diimbuh pada kata dasar bermula huruf /r/, satu /r/ dileburkan
contoh:
ber + rangkai – berangkai
ber + rongga – berongga
-maksud lakukan – bercakap, berenang
-maksud refleksif – berbaring, bercukur
-maksud saling – berjumpa, bertumbuk
-maksud sedia berlaku – berbalas, berdendam
-maksud memiliki – beristeri, berumah
-maksud guna – berbedak, bersampan
-maksud kerjakan – berkebun, berkedai
-maksud mengeluarkan & hasilkan – beranak, bertunas
-maksud minta bantuan – berdoa, berdukun
-maksud dalam keadaan – berbahagia, berdegil
-maksud memperoleh – beruntung, bertuah
-maksud menjadi – bersatu
-maksud bilangan – berempat
-maksud bersama-sama – beserta
-maksud mendapat - be
/ter/ membentuk kata kerja transitif / tak transitif
contoh: Rosli terlanggar meja itu (transitif)
Meja itu terlanggar oleh Rosli (transitif pasif)
Gadis itu tersungkur di atas padang (tak transitif)
-huruf awal /r/ mengalami peleburan satu /r/
contoh: teransang, terencana
-membawa maksud:
a)tidak sengaja (transitif) – Maznah terambil buku Milah
tidak sengaja (tak transitif) – Budak itu terjatuh ke dalam perigi
b)keupayaan (transitif) – Malek terangkat besi yang berat itu
c)tersedia (tak transitif) – Pintu rumahnya terbuka luas
/di/ membentuk kata kerja pasif
contoh: Pemimpin itu diracun oleh pembantunya
/diper/ membentuk ayat pasif diri ketiga daripada transitif /memper/
contoh: diperalat (nama), diperelok (adjektif), diperoleh (tugas)
-maksud diperlakukan/dijadikan lebih/terdapat/dibahagi


2. akhiran kata kerja
/i/ dan /kan/ - membentuk kata kerja transitif
a) ayat pasif orang pertama dan kedua
contoh: -kucing yang saya beli itu belum saya namai
-hukuman itu akan awak jalani serentak
-dewan itu kami dirikan secara bergotong-royong
-ikan itu bila hendak kamu pasarkan?
b) ayat suruhan
contoh: -hindarilah dadah demi masa depan kamu
-jangan mainkan lagu sedih itu lagi
c) mendukung pengertian
-akhiran /i/
i)kausatif (menyebabkan jadi)
contoh: baiki, jauhi, hambai, sudahi
ii)lokatif (unsur tempat)
contoh: turuni, diami, hampiri, simbahi
-akhiran /kan/
i)kausatif – adakan, rosakkan, tenggelamkan, tinggikan
ii)benafaktif (laku untuk orang lain)
contoh: ambilkan, carikan, gorengkan, hadiahkan


3. apitan kata kerja
/men….kan/ membentuk kata kerja transitif
a) daripada kata nama – mengamalkan, menjarakkan
b) daripada kata kerja – mengingatkan, mengeluarkan
c) daripada kata adjektif – membenarkan, memedihkan
d) daripada kata tugas – membiasakan, mengemudiankan
variasi lain: /me….kan/, /mem….kan/, /meng….kan/ dan /menge…kan/
i) membawa maksud melakukan
contoh: mengisahkan, melagukan
ii) maksud kausatif/menyebabkan
contoh: mengaibkan, meruntuhkan
iii) maksud benafaktif/manfaat
contoh: mencarikan, menjualkan
/ber….kan/ membentuk kata kerja tak transitif
contoh: berbuahkan, bertuhankan, bersandarkan
/kan/ juga kependekan sendi nama akan/dengan/pada….
contoh: bersumberkan = bersumber pada
bertany
/ber…an/ membentuk kata kerja tak transitif
contoh: -mereka bermusuhan sejak tahun lalu
-lampu jalan berkerdipan pada malam ini
-lain-lain: bertikaman, bermaafan, berkasihan….
-maksud banyak berlaku
contoh: bergayutan, bersemburan, berterbangan
-maksud bersalingan
contoh: berciuman, berpandangan, berpelukan
-maksud ulangan/berpanjangan
contoh: bergolekan, berkibaran, berlelehan
/di….kan/ bentuk pasif /men…kan/
contoh: menyandarkan disandarkan
/men….i/ membentuk kata kerja transitif
contoh: membanjiri, memberati, mengenai, menghendaki
-variasi lain: /me…i/, /meng…i/
-makna benafaktif: Aznil menghidangi saya air limau
Aznil menghidangkan air limau kepada saya
(kausatif)


/di….i/ bentuk pasif /men…i/
contoh: mengotori – dikotori, merayapi – dirayapi
/memper…kan/ membentuk kata kerja transitif aktif
contoh: Sebelum memperdengarkan suaranya, Ali berceloteh
dengan peminatnya.
*kata adjektif tidak boleh bergabung apitan ini
contoh: mempercantikkan (salah)
/memper…i/ membentuk kata kerja transitif aktif daripada awalan /ber/
contoh: belajar – mempelajari
berkebun – memperkebuni
bersenjata – mempersenjatai
/ke….an/ kata kerja dalam ayat pasif
contoh: hujan – kehujanan – Budak lelaki itu kehujanan
tinggal – ketinggalan – Budak itu ketinggalan bas


•Tambahan
•Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri pertama/
Kedua / ketiga
•Kata kerja aktif – saya memberi, kami menyapu, anda melukis
•Pasif diri pertama – saya beri, kusapu, kami lukis
•Pasif diri kedua – anda beri, kausapu, kamu lukis
•Pasif diri ketiga – diberi oleh dia, disapu oleh mereka, dilukis
oleh beliau
Yang manakah betul?
pengkorek : pengorek
penterjemah : penerjemah
pemprosesan : pemerosesan
pengeritik : pengkritik
mengenegahkan : mengetengahkan






Pelbagai mata wang dalam bentuk duit kertas dan syiling. Bukan sahaja mata wang Malaysia, terdapat juga mata wang dari negara lain seperti Arab, Indonesia, Amerika Syarikat, Belanda, Jepun, Iraq, Thailand, Vietnam, Singapore, British dan lain-lain.






Bab 4TATABAHASA

SKOP PERBINCANGAN
1. TATABAHASA
a) Difinisi Tatabahasa
b) Bahagian tatabahasa
2. MORFOLOGI
a) Definisi
b) Konsep morfem
c) Konsep perkataan
d) Bentuk kata
e) Proses pembentukan kata
f) Golongan kata









1. Definisi Tatabahasa
- Kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat;
Gabungan perkataan membentuk frasa
Gabungan frasa membentuk ayat
Dua/lebih ayat membentuk ayat majmuk
Ayat-ayat dalam ayat majmuk membentuk klausa
2. Bahagian Tatabahasa
2.1 Morfologi
- Mengkaji struktur, binaan, bentuk dan golongan kata;
struktur kata – susunan bentuk bunyi ujaran/lambang tulisan
binaan kata – unsur-unsur yang membina sesuatu kata/morfem
bentuk kata – unit tatabahasa, bentuk tunggal/pengimbuhan/
pemajmukan/penggandaan
golongan kata – kelas tertentu, keserupaan bentuk/fungsi seperti kata
nama, kata kerja, kata adjektif…..

i ) Konsep Morfem
- unit terkecil dalam bahasa yang menjalankan tugas nahu. Terdiri
daripada morfem bebas dan morfem terikat
- contoh: ajar – satu morfem
mengajar – dua morfem
berkakikan – tiga morfem
* semua perkataan adalah morfem tetapi tidak semua morfem perkataan
a) morfem bebas – kata akar yang belum menerima imbuhan/boleh
berdiri sendiri
contoh: sekolah, kawan, tikar, pegang…..
b) morfem terikat – imbuhan yang membentuk kata terbitan, tidak boleh
wujud tanpa kata dasar
contoh: awalan /ber/ – bermain; akhiran /an/ – sentuhan; apitan /em/ –
cemerlang; apitan /ke…an/ – kelapangan


ii) Konsep Perkataan
- Unit bahasa terkecil yang bermakna/dapat berdiri sendiri. Dibentuk
daripada kata akar/ kata dasar
a) kata akar – Bentuk dasar yang belum diberi imbuhan / morfem bebas
contoh: jujur, sekolah, kerja
b) kata dasar – Kata yang menjadi dasar membentuk kata:
a) akar kata – tapa, tani, mudi (morfem terikat)
b) kata terbitan – kemungkinan, bekalan
c) kata majmuk – surat khabar, sapu tangan
d) kata ganda – gunung-ganang, meja-meja

iii) Bentuk Kata
a) Kata tunggal
- Tidak mengalami pengimbuhan / pemajmukan / penggandaan.
Kebanyakan berpotensi menerima imbuhan
contoh: - 1 suku kata – am,bom,dam,cat,hak,kad, mi, ru,skru,spring….
2 suku kata – aib,bintang,carik,dengki,iblis,korek,tua……
3 suku kata – armada,budaya,cerakin,empulur,gelombang…..
4 suku kata – anugerah,belantara,kelemumur,pancaroba……
5 suku kata – bumiputera,cenderamata,kosmopolitan…..
6 suku kata – maharajalela,personifikasi,paramasastera……
*tidak menerima imbuhan – itu, sini, mereka, sana ……
- kata akronim
i) Percantuman huruf awal
IKIM = Institud Kefahaman Islam Malaysia
IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri
EON = Edaran Otomobil Nasional
UPSI = Universiti Pendidikan Sultan Idris
*Singkatan bukan akronim
e) frasa – tidak adil, ibu bapa

ii) Percantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan
Jakim = Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Makna = Majlis Kanser Nasional
Perkim = Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Puspati = Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail
Sukma = Sukan Malaysia
iii) Percantuman suku kata awal
cerpen = cerita pendek
kugiran = kumpulan gitar rancak
pawagam = panggung wayang gambar
tadika = taman didikan kanak-kanak
iv) Percantuman bahagian awal kata dengan bahagian lain
rumpair = rumpai air
halaju = hala laju
jantina = jantan betina
jentolak = jentera tolak
tumbesar = tumbuh besar


b) Kata terbitan
- Hasil proses pengimbuhan pada kata dasar
i) terbitan awalan
kata nama – pelari, pembuat, pendatang, penggali, ketua,……..
kata kerja – membawa, menggali, berjalan, belajar, diperisteri,….
kata adjektif – terbesar, secantik…..
ii) terbitan akhiran
kata nama – jahitan, mainan…..
kata kerja – gunakan, tinggikan, duduki……
iii) terbitan apitan
kata nama – perasaan, pendapatan……
kata kerja – melakukan……
kata adjektif – kemelayuan, kecinaan
iv) terbitan sisipan
kata nama – seruling, keruping, telunjuk…..
kata adjektif – gelembung, semerbak, gemerlap, gerigi……


c) Kata majmuk
- Merangkai dua kata dasar atau lebih
(dieja terpisah)
i) rangkai kata bebas
bandar raya, jalan raya, jam tangan, sapu tangan…..
ii) gelaran
Pedana Menteri, Naib Canselor, Menteri Besar…..
iii) istilah
model linear, pita suara, kertas kerja……
iv) kiasan/simpulan bahasa
bulan madu, tumbuk rusuk, pilih kasih……
- Bentuk kata yang telah mantap (dieja bercantum)
olahraga, jawatankuasa, bumiputera…….
- Penggandaan
suku-suku kata, guru-guru besar, buah hati-buah hati……
- Pengimbuhan
imbuhan awalan/akhiran dieja terpisah – bercampur aduk, daya serapan
imbuhan apitan dieja bercantum – mencampuradukkan, menyatupaduka

# Cara mengenal kata majmuk
1. Tidak dapat menerima penyisipan di antara perkataan
contoh: tanda yang tangan
2. Makna tertentu, berbeza daripada kata asal
contoh: sapu – bersihkan
tangan – anggota badan
3. Kebanyakan tidak mematuhi hukum D-M
contoh: perdana menteri
M D
4. Terdiri daripada kata inti + kata inti, antara satu katanya tidak boleh
dipisahkan
contoh: guru besar – jawatan, jika dipisahkan maknanya akan lain
5. Unsur kata tidak mempunyai hubungan makna
contoh; kakitangan – bukan makna kaki menerangkan tangan atau
sebaliknya

Penggolongan kata majmuk – kata nama (balai raya,menteri besar,setiausaha…)
- kata kerja (hapus kira,lipat ganda,tandatangan…)
- kata adjektif (panas terik,muda remaja,dukacita…)
- kata tugas (barangkali,kadangkala,walhal….)

d) Kata ganda
- proses pengulangan kata dasar
i) penggandaan penuh:
elok-elok (abstrak), pulau-pulau (banyak), anai-anai (satu), orang-orang
(satu/banyak)
ii) penggandaan separa
jejari, sesungut, lelayang, rerambut, lelaki…….(kata nama)
iii) penggandaan berentak
dolak-dalik (pengulangan konsonan), hiruk-pikuk (pengulangan vokal),
lemah-longlai (pengulangan bebas)
iv) penggandaan berimbuhan
bergilir-gilir (ulang-ulang), berpeluk-pelukan (saling),
sepandai-pandai (paling), tersengeh-sengeh (berpanjangan),
berhempas-pulas(kesungguhan)

Monday, February 8, 2010

IMBUHAN


Pasu lama tempat menyimpan ikan pekasam
Setereka warisan emak, mengguna
arang.





Setereka lama abad
ke-19 yang dibawa
dari negara China.
Cara guna ialah dengan memasukkan arang ke dalamnya dan digosok pada pakaian








Keris warisan Tok Nek, pedang ayah, pedang jawa, pisau Arab serta senjata-senjata lain yang dibeli dari luar dan dalam negara.
Atas: bekas tembaga masyarakat India





Kayu tas, pisau raut, pisau mengerat, lawi ayam, kacip pinang, pisau cukur, banet Jepun dan pisau











SEMANTIK

a) Definisi

-mengkaji makna

-kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat.

b) Konsep dan makna

-mengandungi dua unsur – yang diertikan & yang mengertikan

-hubungan kata dengan konsep dan konsep dengan benda bersifat

langsung.

-sementara kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak langsung.

-hubungan kata dengan maknanya serta benda yang dirujuk bersifat

arbitrari. Contoh: hausmakna dahaga/semakin nipis

rumah (bahasa Inggeris)

i) denotasi- makna tersurat/kamus/kongnitif/rujukan/konseptual/ideasional

contoh:ibu ayam = ayam betina yang pernah mempunyai anak.

ii) konotasi- makna tersirat/tambahan/emotif/evaluatif

contoh: ibu ayam = perempuan yang mencari pelanggan dengan melacur

contoh lain: perempuan > jantina

wanita > status

betina > berkait moral


iii) konteks penggunaan perkataan

contoh: haus > kurang tebal

> dahaga

> sangat ingin

iv) konteks kebudayaan

contoh: aku > hubungan rapat

saya > hubungan biasa

patik > hubungan merendah diri

beta > hubugan merujuk diri raja

v) makna dalam konteks

-perubahan makna apabila diguna dalam konteks yang berlainan.

Hubungan perkataan membentuk sumber makna.

contoh: 1.a)Abah makan nasi ayam

b)Ayam makan nasi abah

2.a)Dia perempuan gila

b)Dia gila perempuan


c) Perubahan Makna

-perubahan mengikut masa, teknologi dan hubungan sosial dalam

masyarakat

i)perluasan makna

contoh: 1.saudara = sama ayah dan ibu (saudara setetek)

= ada hubungan kekeluargaan

= sama darjat (sekutu)

= kawan

= kata ganti diri

= tembuni/uri

makna lama makna baru

2.menternak memelihara termasuk memelihara

binatang darat hidupan air

3.taman tumbuhan kawasan perumahan

bunga/indah dan perindustrian

ii)penyempitan makna

contoh: madrasah tempat sembahyang

cik panggilan wanita yang belum kahwin

pondok rumah kecil

khalwat berdua-duaan di tempat sunyi

d) Perkaitan Makna Perkataan

1.Perkaitan dari segi leksikal (perkataan/perbendaharaan kata)

i)Sinonimmakna yang sama

contoh: cantik = indah

terang = cerah

-tidak semua kata mempunyai sinonim

contoh: hujan, padi

ii)Antonimmakna berlawanan

contoh: gemuk lawan kurus

tinggi lawan rendah


iii) Hiponim

-Lingkungan dalam struktur makna

contoh: 1.kerusi, meja, almali, katil .... ialah hiponim kepada perabot

2.baju, seluar, kasut, seluar dalam…. Ialah hiponim kepada pakaian

iv) Homonim

-Dua kata atau lebih, bentuk yang sama dari segi sebutan, ejaan, tetapi

makna yang berbeza/ciri-ciri berbeza

contoh: 1. ketam = pisau untuk menuai padi

= alat untuk melicinkan kayu

= binatang air

2. pasang = jodoh/kelamin

= air laut tambah

= cucuh meriam

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

Sekali air pasang sekali pantai berubah